Friday, May 27, 2011

Anak Ayam Kampung Asli Utk Di Jual

Anak Ayam Kampung Asli/Ori




Salam Kepada Semua penternak-penternak ayam kampung asli/ori,

Stok anak ayam kampung asli/ori telah sampai di farm saya...Kepada yg berminat utk mendapatkannya sila hubungi sy melalui sms/call utk survey harga dan stok... Sekiranya tuan2 n puan2 memerlukan anak ayam kampung dgn kuantiti yg banyak sila hubungi sy seminggu lebih awal utk sy menyediakan stok anak ayam kampung asli/ori tersebut....Laayannnnnn..

Monday, May 23, 2011

PILOT PROJECT OF AYAM KAMPUNG ASLI




Salam Perkenalan,


Seperti yg pengunjung2 tau, saya adalah penternak ayam kampung asli yg baru... Banyak perkara berkaitan ayam kampung asli ni sy perlu belajar n dalami utk menjayakan projek saya ni... Tetapi bidang ternakan ayam kampung asli ini adalah bidang yg pernah saya ceburi semasa sy bersekolah lg....ternakan ayam kampung ini tidak asing bg sy utk meneruskan secara komersial sperti perancangan yg saya telah gariskan sebelum ini... Bagi saya tidak ade yg mustahil sekiranya kite sentiasa berfikiran ke hadapan melangkaui pemikiran org lain utk terus berjaya serta sy percaya dgn ada ye minat yg mendalam sejak kecil dalam bidang industri asas tani ini bersama-sama usaha yg gigih kite pasti akan BERJAYA.... sy sentiasa mengingatkan diri saya selagi ade keringat n usaha yg berterusan kejayaan pasti menjelma di iringi doa dr keluarga dan rakan2 sekalian...

Seperti yg tuan-tuan n puan-puan perhatikan, ini adalah post pertama saya dalam blog ini... gambar di atas adalah ladang ayam pertama sy... Saya sedang dalam penambahan jumlah induk betina supaya keseluruhan induk betina yg sy miliki adalah sebanyak 200 ekor utk mencapai target pengeluran sehingga 1000 Ekor Anak AYAM sebulan...Seperti di rancang projek ini sentiasa di pantau dgn rapi supaya objektif saya sebagai penternak berjaya serta dapat membekalkan anak2 ayam yg berkualti serta dpt memenuhi kehendak pasaran.....

Kepada org-org lame dalam bidang ini sy memohon dapat lah kiranya tuan2 berkongsi2 ilmu dan pengetahuan dalam bidang ini...marilah kite men TRANSFORMASI TERNAKAN AYAM KAMPUNG ASLI ini menjadi antara industri berdaya maju serta dpt menyumbang dalam penambahbaikkan ekonomi dr segi keluaran negara kasar amnya...Semoga kite berjumpa lg dalam new post akan datang....salammmm....